Wednesday, July 31, 2013

Alhamdulillah.. Setelah mengharungi pelbagai dugaan kehidupan bersama.. This year kami meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-9 on 23 July yg lalu. Masih panjang lagi perjalanan hidup ini. Doakan kami bahagia di dunia bahagia di akhirat, selamat di dunia selamat di akhirat.. (AMIN)

Celebrate? Tahun nih nampak gayanya tak la.. memandangkan bulan posa.. dan kebetulan plak aidit xde kat KL.. dia ada keje di Johor.. Ingatan dan doa antara satu yang lain yang penting.. Hadiah? Sempat belikan kad je.. kengkononnya nk suprisekan en.hubby.. skali masa dia nk amik smart-tag.. dh kantoi dah.. hahahah.. xpe la.. asalkan dia received kan..?

***

Dalam kita menyambut kegembiraan.. tak lupa pada kawan kita yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai yang lalu.. Perginya seorang sahabat yang banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar walaupun umur arwah sebaya dengan kita.. Kita kehilangan seorang kawan atau sahabat tetapi kepada isteri arwah.. beliau kehilangan tempat bergantung, tempat berlindung, tempat menumpaang kasih..kerana beliau kehilangan seorang suami dan ayah kepada anak² beliau.. Ya Allah Ya Rasulullah.. berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada Norazlina Kassim dan juga anak² beliau dalam menempuh hari² tanpa suami / ayah disisi.. Kepada arwah Mohd Khairil Mohd Rani.. walaupun kau telah tiada.. kenangan dan ingatan tetap segar di fikiran.. Walaupun aku sedikit terkilan sebab tak dapat menziarahi di waktu sihat dan pergimu, aku iringi pemergianmu dengan tahlil dan al-Fatihah. Semoga engkau bahagia di sana.. ( amin dan Al-Fathihah )

***



No comments:

Post a Comment