Tuesday, May 26, 2009

Saje Aje

Aku br sampai ke ofc but bukan pagi tau tp dh kul 8mlm. Got something to do..

Aku bw mudrikah skali.. skrg ni tgh melayan dia sambil aku siapkan aper yg perlu dsiapkn..

jumaat ni aku n family akan p tganu sbb cousin aidit kawin.. aku stay kat KT Beach Resort instead of Yen Tin..maybe petang tu aku nk bawa dia skali ag main sand kat beach tu..

jd, aku xdpt pegi wedding click ofc aku kawin kt bangi.. anyway.. Selamat Pengantin Baru!

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

Motivator
Only one
True love
Heartless
Exceptional
Responsible

Happy Mother's Day to All Mums..

Aku happy jd IBU and happy sbb mempunyai mak² yang PENYAYANG!!

Thank you mak!

Ibu..ibu...
Engkaulah RATU hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu..ibu
Engkaulah RATU hatiku
Tempatku mencurah kasih
Tiap waktu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laut

Ibu..ibu
Engkaulah RATU hatiku
Tempatku mencurah kasih
Tiap waktu.....

Monday, May 4, 2009

Berkatkah Hidup KITA?

Dalam hadis shahih Rasulullah S.A.W bersabda:
“Setiap pekerjaan (amal atau perbuatan) itu harus disertai dengan niat, setiap manusia hanya memperoleh hasil menurut apa yang diniatkannya.”

Walaupun aku bukanlah dtg dari org2 yg cerdik pandai dan belajar ilmu agama ISLAM dengan mendalam, tp aku faham akan hadis kat atas ni. Dan mana2 org yang baca hadis ni pun, sure akan faham maksudnya. Tapi pelik, sbb ada juga yg masih xmahu mempraktiskan apa yang dalam Al-Quran.. samada they x mahu atau memang xmahu amik tahu..

Walaupun usia aku baru berusia 28++, tp aku boleh memahami erti sebuah kehidupan. Maybe aku dikelilingi oleh orang2 yang berpengalaman dan sentiasa memberikan aku tunjuk ajar dlm apa bidang skalipun. Aku bsyukur dengan kehadiran semua orang terutama parents aku, hubby n mertua aku sbb they sll berfikiran positif. Persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Jika persekitaran tempat tinggal atau tempat kerja tu xmenyeronokkan, pasti akan memberikan kesan sampingan kepada kita secara tidak langsung.

Tentu korang pelikkan sbb aku mengeluarkan isu ni dlm blog kali ni. Sebabnya, inilah tmpt aku meluahkan ape yg aku alami dan hadapi dan sekaligus memperingati orang lain akan kewujudan isu2 seperti ini..

Ramai sekarang ni dh ada PHD dalm diam.. bukan PHD kedoktoran tp Perasaaan Hasad Dengki (PHD). Aku fokuskan dlm situasi di tempat kerja... sbb kebanyakannya berlaku di tempt kerja.. aku xnafikan kengkdg tu timbul perasaan yang kurang seronok bila kita bekerja di sesuatu tempt. Mungkin keperluan atau kehendak kita xmenepati apa yang disediakan oleh sesebuah syarikat. Malah ada juga yang membandingkan di antara sesebuah syarikat tu. Bila timbulnya perasaan sebegitu, niat kita utk bekerja telah terpesong.. niat bekerja kerana Allah telah bertukar kepada niat bekerja kerana DUIT. Apabila niat dh lari, maka segala apa yang kita lakukan bukan kerana Allah tp kerana duit. YA.. memang duit diperlukan dlm zaman sekarang ni tp jika tiada keberkatan dan keredhaan Allah, maka NIKMAT kehidupan di bumi Allah ini akan hilang sama skali. Bila PHD dah bersarang dlm hati, maka dh xde rasa cinta dan bertolak ansur dlam melakukan sebarang pekerjaan. Jika kita niatkan DUIT, maka Allah akan berikan duit tp jika kita niatkan keberkatan Allah dan pekerjaan itu adalah satu IBADAH, insya-allah, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai oleh kita..

Inilah yang berlaku sekarang.. di ofc aku..? maybe dan aku yakin org lain jugak mempunyai isu yg sama.. Pernah ke korang terfikir.. kenapa gaji banyak tp xpenah cukup.. sbbnya kita xpenah bersyukur dengan ape yg kita dpt dan selalu merungut dgn kekurangan yg ada disekeliling kita.. serta membandingkan antara diri kita dan org lain..

Pernah x terfikir, kenapa ketika gaji nilainya kecik (cthnya: RM1K) cukup n gaji skrg (cthnya: RM2K) xcukup sedangkan apa yg kita belanjakan adalah sama..? Aku xkata aku baik tp alhamdulillah, apa yg aku perolehi setiap bulan tu cukup utk tampung aku n family. Aku bsyukur dgn gaji yg aku dpt wpun ada org yg PHD kat aku.

Lately, aku byk terima kritikan.. aku xbuat keje la.. gaji besar keje skit la.. ampu bos la.. tak sokong staff la.. itu la ini la.. semuanya ada.. sakit hati memang ada.. ada jugak yg nk salahkan aku sbb ketiadaan staff sedangkan aku bukannya xpanggil they dtg interview, org tu yg xdtg, salah aku ke..? pening aku dibuatnya.. nth apa yg they pikirkan.. aku redha je la wpun hati ni dh berasap dh.. nk leleh pun ada tp aku pegang ckp bapak mertua aku.. ”ORANG MELAYU SUKA BERMAIN DENGAN EMOSI, JADILAH ORANG ISLAM YANG SENTIASA MEREDHAI AKAN KETENTUANNYA” dan aku juga mengamalkan ILMU BUAT BODOH.. maknanya pedulikan ape org nk kata pasai kita. Yang penting, kita buat keje kita..lantak aaa org nk ckp pasai kita. Klau hubby aku nyer style, dia suh aku sound balik tp aku xmo aa tunding jari ke mana-mana pihak.. sbb smua ni dgr frm mulut ke mulut..dan skit2 yg direct perli pun ada.. aku amik POSITIVE side, maybe ada yg aku kena betuikan kt mana2.. aku tetap terima kritikan tu and perbaiki mana yg patut. Aku sedar, aku masih muda n senang orang nk BULI minda aku.. insya-allah, ALLAH Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Aku akan atasi semua ni dgn hati yang terbuka..

Bukan senang nk puaskan hati orang lain sbb kita sendiri sebenarnya yang xreti nk menilai kepuasan itu. Kita dok ckp pasai org, tp kita xtgk pun diri kita sendiri.. sempurna ke untuk memenuhi kehendak orang lain. Bila dalam jiwa n hati tu dh terpahat sedikit kekecewaan n kecurigaan, lg mudahlah SYAITAN nk menggoda kita.. bersihkanlah jiwa dan minda kita.. tunaikan yg WAJIB.. dan insya-allah, Allah akan membimbing kita.. Setiap keikhlasan yang kita berikan akan disusuli dengan ujian Allah.. Redha dgn ketentuanNya kerana PERNIAGAAN DENGAN ALLAH ADALAH PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN..

Ingatlah.. jika kita menyusahkan hati atau orang lain, maka kita juga akan diberikan sesuatu kesusahan.. fikir-fikirkanlah...

Jika ada sesiapa yg terguris dgn entry ni, aku minta maaf tp aku ada sebab tertentu disamping memperingati diri aku sendiri supaya aku xlari NIAT aku utk bekerja n hidup di bumi ALLAH ni.

P/S: Congratulations to Anis Sabirah sbb dh selamat melahirkan anak lelaki arini (4/5/09) jam 1030 td.. Nampknya kena skali lg la.. utk baby girl...kawanda pun sama..hehehe..:D